Tuesday, March 31, 2009
sarapan pagi dan gadis bisu
Pagi tadi aku bagun macam biasa, kul 7.30pg, solat subuh pun gajah le jawabnya…
Kalau dulu ada orang yang akan kejut aku setiap pagi..tapi sekarang dah takde.. So aku kena la berdikari sendiri…huhu. Siap2 mandi, aku buka pc aku yang baru format.Fuh nasib baik data2 master aku xilang, sebab hard disk satu lagi dah tak detect sgt…dimulakan dengan bismillah, aku pun buka pc aku, Yes!, detect jugak akhirnya…
Dengan segera aku pindah kan segala data2 dalam hardisc yang satu lagi. Lepas ni kalu tak detect lagi, aku pun dah tak kisah. Siap pindahkan sume data, perut ni meminta sesuatu untuk dimasukkan kedalamnya.Ape lagi, benda yang bermain-main dalam fikiran aku, tosei ataupun nasi lemak kat Maulana. Kedai mamak yang aku kenal time aku 2nd year degree aku. Kedai ni bersebelahan kilang coklat Beryl’s. Quite ok la kedai ni.Cume dulu tauke die berkepala botak, lepas tu tak penah senyum.Belagak plak tu. Penah sekali, member aku order nasi lemak nasi lebih, die charge double tuk harga.Kalu satu pinggan RM 2.20. nasi lemak nasi lebih harganye RM4.40.Fuh!, memang mamak sungguh. Tapi sekarang tauke die dah tukar, nampak macam baik, tapi sejak kejadian tu, aku dan housemate aku tak penah lagi order yang bukan2, nasi lebih le, tosei tampal telur le, takut nanti lepas makan muka macam kena ugut.
Mula-mula nak ajak nasz dan Dueh, tapi masing-masing dah terlentang sambung tido.Kesian plak nak kejut. So, aku pun pegi la sorang.Housemate yang lain, takde kat rumah.Tepat jam 9.00 pg, hidupkan enjin kereta, terus pegi destinasiku, Restoran Maulana Foodcourt. Kedai ni tak jauh dari rumah sewa aku di Taman Kembang Sari, berdekatan dengan balai bomba. Sampai je, terus beli surat khabar, selalunya aku beli paper Kosmo, takpun Berita Harian, kenapa tetiba plak arini aku nak baca The Star,huhu. Rasanya sebab paper yang lain asyik cerita pasal politik yang berat sebelah je kot.Kalu The Star ni balance skit. Siap je beli aku terus duduk kat meja besebelahan tempat letak ayam goreng berempah. Tergoda iman, tapi tak kan nak breakfast makan ayam goreng, dah macam upin dan ipin plak.
Tak sampai dua minit, sampai mamat yang aku tak pasti, bangla ke India. Aku order tosei dan teh tarik. Ni yang best bile makan kat mamak, service cepat, walaupun mahal sikit, , so duit tu kire service charge sekali le.Tak macam kedai mamak azwath sebelah kedai ni, dah le mahal, pastu lambat.Kami housemate terus banned kedai ni, rasenya dah dekat setahun kot tak makan kat kedai ni..Boikot…
Tengah aku makan tosei dengan sambal nasi lemak, datang 3 orang perempuan duduk depan meja aku. Sorang macam dah berumur skit, dua orang lagi agak muda, dalam umur 18-20 tahun. Yang tua sikit tu rasenya mak diaorang kot.Mula-mula aku tak rase ape-ape pun, tapi dah lame aku rase pelik. Kenapa diaorang ni senyap je, tak berbual-bual.Lame-lame aku perhatikan, rupenya mereka berbual guna bahasa isyarat. Tak tau la yang mane satu yang bisu. Tapi aku rase gadis yang betul2 duduk bertentangan dengan aku. Agak tua berbanding dengan yang sebelah. Mungkin yang sebelah adik die kot. Lame aku perhatikan mereka. Aku terfikir, macam mana agaknya kehidupan die tanpa mampu berkata2 secara normal. Cume aku terlambat nak tengok macam mane mereka order makanan. Aku yakin mamat bangla tu tak akan faham bahasa isyarat. Aku rase die tulis kat kertas kot. Tak pun mak dan adik die tak bisu, so xde masalah nak order makanan.Diaorang order roti canai kosong and teh o panas. Semua sama.
Aku masih terfifkir, kehidupan gadis ni, gadis yang becermin mata bingkai hitam, bertudung hitam,baju merah lengan panjang..Sekali sekala die tersenyum bila berbual dengan mak dan adik die. Aku tersenyum, walaupun die tak sempurna, tapi aku tak nampak pun kekurangan die. Sentiasa tersenyum, sambil tangan dan jari bergerak pantas tuk bagitau sesuatu kat mak n adik die. Mak dan adik die pun sama, berbalas-balas isyarat..Sungguh harmoni!
Aku rase gadis ini lebih mulia dari orang yang boleh bercakap, yang ada suara. Gadis ini tak mungkin akan membuatkan orang lain sakit hati atau terasa bile die berbicara. Itu lah kelebihan gadis ni. Berbeza dengan orang yang boleh bercakap, kadang-kadang membuatkan orang lain sakit hati, marah, kecewa.. Orang yang mampu bercakap, yang mampu menaburkan janji-janji, dengan kata-kata yang indah membuatkan kita buta,buta untuk melihat kesucian hatinya,dan akhirnya memungkiri janji-janjinya.Aku sedar, manusia yang sempurna dari segi fizikal dan panca inderanya, kadang-kadang tak sesempurna jika di bandingkan dengan gadis ini. Secara total, kesempurnaan manusia bukan terletak pada zahirnya,pada kecantikannya, pada hartanya, tetapi keindahan manusia itu terletak pada hatinya. Hati yang luhur dan ikhlas, adalah lebih bernilai berbanding yang lain.. Aku menulis berdasarkan pemerhatian, pengalaman yang aku lalui dalam hidup aku. Lastly, aku nak minta maaf pada semua orang yang aku kenal,kalau kata-kata aku selama ini membuatkan kamu terasa. Inilah manusia, kadang-kadang alpa dengan kata-kata yang dibicarakan… Maaf dari aku..
u/p: baru nak sambung buat journal, dua paper yang tak siap-siap lagi…
11.29 am
28 march 2009
Tuesday, February 17, 2009
aku adalah aku
Aku bukan sesiapa, bukan insan yang sempurna, bukan insan yang punya segalanya...
Aku tak punya rupa, aku tak punya harta, apa yang aku ada hanyalah diri aku
Diri aku yang hanya aku yang tahu..
Aku tak minta bidadari, permaisuri, atau puteri hadir dalam hidup aku,,
Aku hanya minta insan yang memahami diri aku...
yang mampu merubah aku kepada sesuatu yang lebih baik..
Dahulu aku mencari, mencari insan yang sempurna,bersyukur aku ditemukan dengannya...
Aku bersyukur, diberikan insan yang sempurna..
Tetapi aku silap,silap dalam pencarianku selama ini..
Hakikatnya aku tidak sesempurna yang diinginkan...
Menyintai seseorang bukan mencari insan yang sempurna...
Tetapi menyintai seseorang untuk melihat insan yang kurang sempurna menjadi sempurna..
Itu pegangan aku
Aku tidak layak untuk insan yang sempurna, cukuplah hanya kesetiaan dan kejujuran..
kerana kesetiaan dan kejujuran mencipta kebahagiaan
aku akur...
hakikatnya aku adalah aku..
Sunday, February 8, 2009
diriku

kalau nak keluar panggung cam rugi plak, baik aku tido kat dalam tu sambil dibelai oleh aircond yang sejuk tuh,
Some people might know me well, but some not, kadang2 hidup ni sangat membosankan, we always do the same things everyday, tapi itulah realii hidup, hidup mesti diteruskan walaupun kadang-kadang hidup tu bukan yang kita rancang, bukan yang kita mahu. Tidak ada didalam dunia ni manusia yang peroleh ape yang mereka rancang,yang mereka mahu, itu memang fitrah manusia, sekejap di atas, dan sekejap di bawah...
Friday, February 6, 2009
bermula....
Semuanya akan aku coretkan hidup aku disini, kisah suka, duka, gembira, dan bahagia....