Tuesday, February 17, 2009

aku adalah aku

Aku bukan sesiapa, bukan insan yang sempurna, bukan insan yang punya segalanya...

Aku tak punya rupa, aku tak punya harta, apa yang aku ada hanyalah diri aku

Diri aku yang hanya aku yang tahu..

Aku tak minta bidadari, permaisuri, atau puteri hadir dalam hidup aku,,

Aku hanya minta insan yang memahami diri aku...

yang mampu merubah aku kepada sesuatu yang lebih baik..


Dahulu aku mencari, mencari insan yang sempurna,bersyukur aku ditemukan dengannya...

Aku bersyukur, diberikan insan yang sempurna..

Tetapi aku silap,silap dalam pencarianku selama ini..

Hakikatnya aku tidak sesempurna yang diinginkan...

Menyintai seseorang bukan mencari insan yang sempurna...

Tetapi menyintai seseorang untuk melihat insan yang kurang sempurna menjadi sempurna..

Itu pegangan aku

Aku tidak layak untuk insan yang sempurna, cukuplah hanya kesetiaan dan kejujuran..

kerana kesetiaan dan kejujuran mencipta kebahagiaan

aku akur...

hakikatnya aku adalah aku..



Sunday, February 8, 2009

diriku

gambar ni di ambil time aku kat the mines, kalu tak silap kul 12 mlm kot, time tu tengah tunggu midnight movie, hangout with my housemate. Time tu kitaorang tgk cite HITMAN, huhu, quite interesting movie.Kalau orang yang selalu tgk wayang ngan aku, mesti diorang paham perangai aku, i'll sleep if the movie was soo soo soo boring...
kalau nak keluar panggung cam rugi plak, baik aku tido kat dalam tu sambil dibelai oleh aircond yang sejuk tuh,

Some people might know me well, but some not, kadang2 hidup ni sangat membosankan, we always do the same things everyday, tapi itulah realii hidup, hidup mesti diteruskan walaupun kadang-kadang hidup tu bukan yang kita rancang, bukan yang kita mahu. Tidak ada didalam dunia ni manusia yang peroleh ape yang mereka rancang,yang mereka mahu, itu memang fitrah manusia, sekejap di atas, dan sekejap di bawah...

Friday, February 6, 2009

bermula....

Hidup tidak seperti yang kita sangka dan yang kita rancang... Selalunya kita merancang hidup kita dengan sesuatu yang indah... tidak pernah kita mahu merancang sesuatu yang pahit.Itu lah realiti dalam kehidupan.. Hidup tidak seharusnya indah, kerana keindahan itu selalunya membuatkan kita alpa, lalai, dan selesa.

Semuanya akan aku coretkan hidup aku disini, kisah suka, duka, gembira, dan bahagia....